PENGENALAN
Unit Sukan & Rekreasi (Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni ) berperanan untuk menyelaras dan mentadbir kegiatan-kegiatan sukan dan rekreasi di Kampus Kesihatan bagi menggalakkan penyertaan siswa/siswi dalam bidang sukan dan rekreasi. Aktiviti-aktiviti kesukanan dan rekreasi yang dirancang bertujuan untuk siswa/siswi mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping membentuk siswa/siswi yang berketerampilan dan mempunyai semangat, jatidiri, dan berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran dan menjadikan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang sepanjang pengajian di Universiti.
PROGRAM SUKAN UNIVERSITI
Berpandukan kepada Kalendar Sukan, Unit Sukan & Rekreasi (BHEPA) terdapat program-program berikut boleh disertai oleh siswa/siswi pada setiap sidang Akademik. Aaktiviti-aktiviti rekreasi darat dan air diuruskan oleh Unit Sukan & Rekreasi dengan tujuan untuk manggalakkan penyertaan yang lebih kepada mana-mana siswa/siswi yang berminat.
Sukan Rekreasi di bawah Sektariat Rekreasi Universiti (SeRU)
● Berbasikal
● Berkayak
● Berakit
● Perkhemahan
● Eksplorasi/Pengembaraan
● Mendaki
● Larian
● Senamrobik
KEMUDAHAN SUKAN (KOMPLEKS SUKAN 1)
- Badminton - 6 gelanggang
- Sepak Takraw - 2 gelanggang
- Tenis - 4 gelanggang
- Skuasy - 4 gelanggang
- Dewan Aerobik - 1
- Ping Pong - 2 meja
- Gimnasium - 2 (1 lelaki & 1 wanita)
- Bola Keranjang - 1 gelanggang
- Bola Tampar - 1 gelanggang
- Bola Jaring - 2 gelanggang
- Bola Sepak - 3 padang
- Rugbi - 1 padang
KEMUDAHAN SUKAN ( MINI STADIUM - KOMPLEKS SUKAN 2)
- Bola Tampar - 2 gelanggang
- Bola Sepak - 1 padang
- Padang Serbaguna - 1 padang
- Futsal (Berlampu)- 2 gelanggang
- Bola Keranjang - 1 gelanggang
- Tenis - 2 gelanggang
- Gimnasium (Lelaki & Wanita)
- Petanqe - 1 gelanggang
- 'Outdoor Gym'
PINJAMAN PERALATAN SUKAN
Unit Sukan & Rekreasi (BHEPA) juga memberi perkhidmatan pinjaman peralatan sukan kepada siswa/siswi dan staf Kampus Kesihatan. Urusan pinjaman boleh dibuat sebelum permainan dijalankan dan mengembalikannya apabila tamat sesuatu permainan. Peralatan sukan yang dipinjam hendaklah dikembalikan dalam keadaan yang baik.
Waktu Pembukaan Stor Sukan :
Ahad – Khamis - 4.00 petang – 6.30 petang
MASA TEMPAHAN
Masa Tempahan | Kaunter Unit Sukan & Rekreasi |
Ahad – Khamis | 8.15 pagi – 1.00 tengahari, 2.00 petang – 4.30 petang |
Jumaat – Sabtu | Tutup |
TEMPAHAN KEMUDAHAN SUKAN
ServisDesk@SISTEM TEMPAHAN RUANG DAN FASILITI (BHEPA KK) - https://sd.usm.my/bheppakk
Hotline : 7671310 (Tempahan Dewan), 7671330 (Kemudahan Sukan)
SYARAT-SYARAT AM
- Kemudahan Sukan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia adalah dikhaskan untuk siswa-siswi dan staf Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia sahaja.
- Sebarang pinjaman hendaklah dibuat dengan meninggalkan kad pelajar/kakitangan.
- Bagi sukan berpasukan, pinjaman peralatan dibenarkan melalui Ketua Pasukan atau melalui Pengurus Pasukan.
- Penggunaan kemudahan sukan adalah melalui tempahan dan semua pengguna dikehendaki mamatuhi syarat-syarat penggunaan kemudahan yang ditetapkan.
- Permohonan tempahan daripada agensi luar hendaklah dibuat secara bertulis kepada:
Ketua Unit
Unit Sukan & Rekreasi,
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni,
Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian, Kelantan.