Unit Pembangunan Pelajar, kebudayaan & Keusahawanan
Pembangunan Pelajar
· Menstrategi dan merangka pelan pembangunan kepimpinan dan pengukuhan sahsiah pelajar.
· Merancang, melaksana dan memantau aktiviti yang dirancang untuk pembangunan kepimpinan dan sahsiah pelajar.
· Mewujudkan dan mengukuhkan jaringan kerjasama dalam bidang berkaitan bagi tujuan pembangunan bersama antara IPTA dan pada peringkat nasional dan antarabangsa.
· Menstrategi dan merangka pembangunan kompetensi melalui latihan berbentuk intensif dan pembangunan keupayaan serta latihan – latihan persediaan kepimpinan pelajar.
· Menguruskan hal ehwal komitmen terhadap aktiviti universiti dan pihak luar, penyediaan fasiliti dan kepakaran dalam bidang kebudayaan.
Kebudayaan
· Menasihat dan menyelia aktiviti kebudayaan dalam kalangan pelajar.
· Menyelaras penyertaan pelajar dalam pertandingan kebudayaan mewakili universiti.
· Menyelaras persembahan-persembahan sempena program pelajar dan universiti.
· Menyediakan khidmat persembahan kebudayaan.
· Menyediakan khidmat jurulatih tarian kebudayaan.
· Mencungkil bakat serta kebolehan pelajar dalam bidang kesenian dan kebudayaan
· Melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, inovatif dan kreatif ke arah mencapai matlamat wawasan negara.