Skip to main content

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni  |  Kampus Kesihatan

USM JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN NAHSSSE 2023

USM KUBANG KERIAN, 8 Disember 2024 :- Pada 5 hingga 7 Januari 2023 yang lepas, telah berlangsungnya satu kejohanan sukan tahunan yang dikenali sebagai ‘National Allied Health Science Students’ Sport Event’ (NAHSSSE) 2023’ anjuran Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
 
2 NAHSSSE
 
Kejohanan ini melibatkan kesemua pelajar Fakulti Sains Kesihatan di setiap universiti seluruh Malaysia. Pada edisi kali ini, empat universiti telah menghantar penyertaan iaitu UniSZA, USM, UIAM, dan UOC (University of Cyberjaya).
 
3 NAHSSSE
 
Sebanyak 5 acara sukan telah dipertandingkan iaitu bola jaring, futsal, bola tampar, bola keranjang, dan badminton. Selain itu terdapat dua acara e-sukan turut dipertandingkan iaitu PUBG dan Mobile legend.
 
4
 
Persatuan Sains Kesihatan (PSK) sesi 2023/2024 telah menguruskan pasukan daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), USM bagi menyertai kejohanan NAHSSSE pada tahun ini. Seramai 55 mahasiswa PPSK telah dihantar untuk menyertai kesemua acara yang dipertandingkan (Bola jaring, Futsal, Bola tampar, Bola keranjang, dan Badminton) kecuali dua acara e-sukan.
 
5 NAHSSSE
 
Pasukan USM telah memenangi 5 pingat emas daripada sukan bola jaring, bola tampar wanita, bola keranjang, badminton beregu wanita, dan badminton perseorangan lelaki. Selain itu 3 pingat perak telah dimenangi dalam acara badminton beregu lelaki, badminton perseorang lelaki dan bola tampar lelaki.
 
6
 
 
Kemenangan bagi kesemua acara ini telah mengangkat pasukan USM sebagai juara keseluruhan kejohanan NAHSSSE 2023.8
 
Teks/foto : Dr. Adam Abdul Malik, Penasihat Persatuan Sains Kesihatan, USM
Unit Media dan Dokumentasi BHEPA