USM FIT GALAS MISI KESIHATAN & KELESTARIAN
USM Kubang Kerian, 2 Oktober 2025 - Hari ketiga Minggu Siswa Lestari (MSL) disemarakkan dengan program USM Fit, melibatkan pengisian senam robik dan “plogging” di sekitar kawasan Kampus Kesihatan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti, Profesor Dr. Hamid Jan Jan Mohamed; Penyelaras Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) Kampus Kesihatan, Profesor Madya Dr. Norsuhana Omar; Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar, Puan Noor Hayati Mohammad; Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan, Encik Eady Othman; Penolong Pendaftar Kanan Yang Menjalankan Tugas Ketua Jabatan BHEPA Kampus Kesihatan, Encik Khairul Ithma Mahdi serta pegawai-pegawai BHEPA.

Program dimulai dengan aktiviti senam robik sebagai langkah menggalakkan pelajar baharu untuk membina gaya hidup sihat selari dengan Sustainable Development Goal (SDG) 3: Good Health and Well-being.


Sementara itu, aktiviti “plogging” yang menggabungkan aktiviti berjalan santai mengelilingi kampus menyokong SDG 11: “Sustainable Cities and Communities” serta SDG 15: “Life on Land”, dengan memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kelestarian persekitaran kampus.


Melalui USM Fit ini juga menzahirkan atribut khususnya dalam aspek “Holistic”, iaitu seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek serta “Balanced” dalam menjaga kesihatan diri sambil cakna kepada alam sekitar. Objektif ini selaras dengan identiti USM sebagai Universiti APEX yang menekankan aspek kelestarian dalam komuniti kampus.
“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”
Teks & Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA