SUASANA GAMAT BERGEMA DI DEWAN UTAMA KAMPUS KESIHATAN BERSEMPENA MAJLIS SAMBUTAN SISWA SIDANG AKADEMIK 2025/2026
USM Kubang Kerian, 1 Oktober 2025 - Hari kedua Minggu Siswa Lestari sidang akademik 2025/2026 telah berlangsungnya Majlis Sambutan Siswa bersempena menyambut kehadiran pelajar baharu selaku keluarga besar Universiti Sains Malaysia (USM).

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bersama-sama pengurusan tertinggi Universiti serta Ketua-ketua jabatan turun padang bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Siswa peringkat Kampus Kesihatan.

Wakil daripada pelajar baharu melafazkan ikrar sebagai simbolik janji dan komitmen untuk menuntut ilmu dengan penuh integriti serta menjunjung tinggi nilai-nilai universiti. Seterusnya, gimik penyerahan dokumen rasmi kepada Naib Canselor sebagai persetujuan memikul tanggungjawab untuk menjaga kredibiliti dan nama baik universiti.

Suasana dewan bertambah gamat dengan persembahan khas daripada pelajar baharu mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera USM
diiringi oleh tiga buah lagu patriotik sebelum disusuli dengan sorakan padu Ultras USM yang membangkitkan aura kebersamaan warga kampus.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”
Teks & Foto : Unit Media & Penerbitan BHEPA