Skip to main content

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni  |  Kampus Kesihatan

PROGRAM SEMARAK SISWA MADANI: SEMINAR KEIBUBAPAAN DAN PERSEDIAAN PELAJAR BAKAR SEMANGAT UNTUK KE UNIVERSITI

JEREK, Gua Musang, 28 Julai 2024 - Program Seminar Keibubapaan dan Persediaan Pelajar 'Road to University' anjuran PIBG SMK Tengku Bendahara Gua Musang dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, UiTM Machang dan Majlis Belia Jajahan Gua Musang merupakan inisiatif yang komprehensif sebagai pendedahan awal kepada bakal pelajar SPM 2024 sebelum meneruskan perjalanan sebagai mahasiswa universiti.

Program ini juga sebagai persediaan untuk mewujudkan sokongan berterusan ibubapa kepada anak-anak untuk menghadapi cabaran yang menanti sebelum bergelar mahasiswa memandangkan daya saing di dalam lanskap pengajian di universiti yang semakin mencabar dari segi persediaan akademik dan kemahiran sosial.

Hadir ke program ini adalah Dr. Azlina Yusuf, Pengerusi Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM sebagai penceramah akademik manakala En. Mohd Norzulhairie Othman, Ketua Pegawai Psikologi selaku penceramah kaunseling, pegawai BHEPA Kampus Kesihatan USM dan pasukan pengajar Diploma Kejururawatan USM.

Teks dan Foto: En. Khairul Ithma Mahdi Penolong Pendaftar Kanan BHEPA

KLIK UNTUK LIHAT MEDIA