Skip to main content

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni  |  Kampus Kesihatan

PROGRAM KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN JATI DIRI BADAN BERUNIFORM BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIFNYA

Besut, 5-6 Julai 2024 – Program Kepimpinan dan Pengukuhan Jati Diri Kor SISPA Kampus Kesihatan USM yang diadakan di Pulau Perhentian telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini yang berlangsung selama dua hari 1 malam ini diadakan dengan kerjasama pihak Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan dan Daerah Kota Bharu bertujuan untuk mendidik dan memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan kesedaran dan disiplin dalam pengurusan masa dan gerak kerja dalam pasukan, selaras dengan elemen dan atribut HEBAT USM.

Aktiviti seperti Latihan Asas Keselamatan di Air dan Water Confident di beberapa lokasi telah memberi peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam laut di samping mengetahui spesis hidupan laut yang ada di kepulauan tersebut. Peserta juga didedahkan dengan kaedah pemasangan khemah igloo yang dibekalkan oleh pihak APM dengan keadah yang betul serta diberikan peluang untuk memasak bekalan rangsum bencana melalui aktiviti survivor cooking sebagai sebahagian latihan simulasi pengurusan bencana. Peserta juga didedahkan dengan ilmu alam seperti mengenal pasti jenis laluan denai dan hutan yang selamat semasa aktiviti mendaki bukit kincir angin.

Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan semangat kerjasama, kesedaran dalam kalangan peserta yang mantap dan positif. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja memberi pengalaman baharu tetapi juga memperkukuhkan jati diri dan semangat kepimpinan dalam kalangan anggota Kor SISPA Kampus Kesihatan.

Turut menyertai program ini adalah En. Hafiz Assad Zakaria selaku Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA merangkap Ajutan Kor SISPA Kampus Kesihatan serta pegawai-pegawai bersekutu Kor SISPA.

Teks: Muna Aifah Wan Salleh, PKS Inter

Foto: Cik Suha Eza Ibrahim

Disunting oleh: Lt. (PA) Mohamad Fandi Yazid dan Kapt. Bersekutu (PA) Khairul Ithma Mahdi

KLIK UNTUK LIHAT MEDIA