Skip to main content

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni  |  Kampus Kesihatan

PENGANUGERAHAN IKON ESG BERSEMPENA PROGRAM ESG GLOBAL YOUNG LEADERS SUMMIT 2024

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos 2024 - TAHNIAH DAN SYABAS kepada saudari Ayu Awatif binti Alias, pelajar tahun 3 Pusat Pengajian Sains Perubatan atas pencapaian sebagai Penerima Anugerah Ikon ESG bersempena Program ESG Global Young Leaders Summit 2024 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 24 Ogos 2024 baru-baru ini.

ESG Global Young Leaders Summit 2024 merupakan satu platform menghimpun dan menyatukan pemimpin muda Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara bagi mewujudkan semangat keserakanan dalam berkongsi idea mengenai isu-isu kelestarian alam sekitar, pemanasan global, perubahan iklim, pencemaran serta kemerosotan sumber kepelbagaian bio demi kelestarian sejagat.

Saudari Ayu Awatif merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk Kampus Kesihatan selaku wakil peserta bagi Universiti Sains Malaysia (USM) dalam program ini. Ayu Awatif telah dipilih sebagai Anugerah Ikon ESG melalui penglibatan yang aktif dan membawa pulang hadiah, iaitu lesen Open Water Diving tajaan Bank RHB, cenderamata rasmi Pusat Alumni UMT dan beg komputer riba tajaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Warga Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Kampus Kesihatan merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada saudari Ayu Awatif atas pencapaian ini. Semoga anugerah ini dapat menginspirasi pelajar lain agar sentiasa mengembangkan pembangunan modal insan yang baik sekali gus memberikan impak yang positif kepada diri sendiri dan masyarakat luar.

Teks: Muhammad Akram Adnan

Unit Media & Penerbitan BHEPA

Foto: Ayu Awatif Alias

KLIK UNTUK LIHAT MEDIA