PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2025/2026 KAMPUS KESIHATAN MENCIPTA KENANGAN BERMAKNA
USM KUBANG KERIAN, 30 September 2025 :- Seramai 568 pelajar baharu kemasukan sidang akademik 2025/2026 telah selesai mendaftar di Desasiswa Murni dan Dewan Nurani sedang menjalani Minggu Siswa Lestari.

Pengarah Kampus, Profesor Dato’ Dr. Shaiful Bahari Ismail hadir menyantuni ibu bapa dan pelajar baharu. Penyampaian kit keperluan asas kepada pelajar Siswa Sulung dan miskin tegar turut disempurnakan oleh Pengarah Kampus diiringi oleh Penolong Pendaftar Kanan Yang Menjalankan Tugas Ketua Jabatan BHEPA Kampus Kesihatan, Encik Khairul Ithma Mahdi dan Penolong Pendaftar, Cik Suha Eza Ibrahim.


Hari pertama bagi Minggu Siswa Lestari Sidang Akademik 2025/2026 yang penuh warna – ada senyuman kegembiraan, dan tangisan perpisahan yang menyentuh hati. Kini, bermulalah langkah baharu bagi pelajar Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan untuk mencipta sebuah kisah demi masa depan yang cerah.


“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”
Teks & Foto : Unit Media & Penerbitan BHEPA