Skip to main content

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni  |  Kampus Kesihatan

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SA 2024/2025 KAMPUS KESIHATAN BERJALAN DENGAN LANCAR

USM KUBANG KERIAN, 5 Oktober 2024 :- Seramai 556 pelajar baharu kemasukan sidang akademik 2024/2025 telah berjaya mendaftar di Kampus Kesihatan. Pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar bertempat di Desasiswa Murni dan Dewan Nurani. Kampus Kesihatan turut menerima 75 orang pelajar yang ditawarkan pengajian Doktor Perubatan di USM KLE, India untuk hadir menjalani Minggu Siswa Lestari di sini. Proses pendaftaran pelajar ini diuruskan secara bersama antara PPSL (Pembimbing Program Siswa Lestari) dan warga USM yang bertugas.

pbaru

Pendaftaran pelajar dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Pengarah Kampus, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail, Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Hafiz Assad Zakaria, Ketua Pusat Perumahan & Penginapan Universiti, Encik Mohd Zuki Arifin, pegawai BHEPA dan penolong penggawa.

pbaru8

pbaru6

pbaru2

Dengan semangat Malaysia MADANI, warga BHEPA mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang berjaya mendaftar masuk ke USM. Semoga semua pelajar terus bersemangat dan dapat menempuhi cabaran mendatang.

pbaru4

pbaru3

Teks : Suha Eza Ibrahim
Foto : Unit Media & Penerbitan BHEPA

 KLIK UNTUK LIHAT MEDIA