MISI PEMBERIAN KIT MANGSA BANJIR DI KELANTAN (AKTIVITI PASCA BANJIR)
USM KELANTAN, 9 Januari 2024 :- Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEPA) dengan kerjasama Sekretariat Sukarelawan USM (SUKASS) dan Himpunan Anak-Anak Kelantan (HAAK) telah mengagihkan bantuan kit keperluan asas kepada mahasiswa/i USM yang terkesan akibat banjir yang berlaku pada penghujung tahun 2023 baru-baru ini.
Misi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif BHEPA untuk memelihara kebajikan mahasiswa/i USM yang terdampak oleh bencana banjir di samping menggalakkan penganjuran aktiviti kesukarelawan oleh mahasiswa/i USM sendiri.
Pasukan sukarelawan ini disertai oleh Cik Suha Eza selaku wakil BHEPA, 3 orang mahasiswa/i selaku wakil SUKASS dan 8 mahasiswa/i lainnya selaku wakil HAAK menjadikan jumlah keseluruhan 12 orang sukarelawan telah terlibat dalam misi banjir pada kali ini.
Melalui misi ini, sebanyak 24 kit bantuan asas telah diagihkan kepada mahasiswa/i USM yang terkesan akibat banjir di daerah Pengkalan Chepa, daerah Tumpat, daerah Pasir Mas, daerah Rantau Panjang, daerah Tanah Merah dan daerah Machang.
Teks/Foto: Muhammad Farizzul Aiman Mohamad Jalil, Exco Publisiti SUKASS
Unit Media dan Dokumentasi BHEPA