MINGGU SISWA LESTARI SESI PERKONGSIAN KAUNSELOR: SANTAI SEJAHTERA
USM Kubang Kerian, 3 Oktober 2025 – Hari keempat Minggu Siswa Lestari (MSL) turut diserikan dengan slot perkongsian bersama para Kaunselor yang menekankan aspek kesejahteraan mental dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Perkongsian dimulakan oleh Ketua Jabatan Psikiatri, Profesor Madya Dr. Maruzairi Husain yang mengupas tentang kepentingan “resilience” pelajar dalam menghadapi tekanan akademik dan cabaran kehidupan semasa. Beliau menekankan bahawa pelajar yang berdaya tahan mampu mengekalkan kestabilan emosi dan kekal fokus terhadap matlamat hidup mereka.

Sesi diteruskan dengan perkongsian oleh Ketua Pegawai Psikologi BHEPA Kampus Kesihatan, Encik NorZulhairie Othman dan Pegawai Psikologi, Puan Nurul Faqeehah Mohd Salehuddin dengan topik “Campus Lifestyle” yang memberi fokus keseimbangan akademik, sosial dan emosi pelajar. Mereka menekankan kepentingan gaya hidup seimbang dalam aspek akademik, sosial, kesihatan, rohani dan emosi bagi membantu mahasiswa mengekalkan prestasi cemerlang di universiti.

Dalam sesi ini juga, mereka turut memperkenalkan sistem MyGuide kepada pelajar baharu yang memudahkan pelajar menempah sesi kaunseling bersama kaunselor-kaunselor BHEPA. Selain itu, mereka memaklumkan akan dilancarkan sistem baharu iaitu AI ChatBot sebagai medium sokongan tambahan bagi pelajar mendapatkan maklumat dan bantuan awal berkaitan kesejahteraan diri. Turut berlangsung pelancaran Telegram Channel Khas buat ibubapa penjaga pelajar kampus kesihatan USM 2025/2026 dengan nama Family Support Group (FSG).

Turut hadir bagi memeriahkan slot ini ialah Penolong Pendaftar Kanan Yang Menjalankan Tugas Ketua Jabatan BHEPA
Kampus Kesihatan, Encik Khairul Ithma Mahdi sebagai tanda sokongan kepada usaha memperkasakan pembangunan pelajar secara menyeluruh.

Slot ini menyokong SDG 3: Good Health and Well-being melalui pemerkasaan aspek kesihatan mental dan kesejahteraan diri, serta SDG 4: Quality Education dengan menekankan pembangunan sahsiah holistik yang seimbang.

Melalui pengisian ini, pelajar digalakkan membina daya tahan diri (resilience) serta mengamalkan gaya hidup kampus yang sihat, selaras dengan identiti USM sebagai Universiti APEX yang mendukung kelestarian komuniti kampus.
“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”
Teks/Foto: Nurul Faqeehah Mohd Salehuddin
Pegawai Psikologi, Unit Kaunseling BHEPA