Skip to main content

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni  |  Kampus Kesihatan

HEPK DENGAN KERJASAMA BHEPA KAMPUS KESIHATAN ANJUR PROGRAM PEMANTAPAN JATI DIRI, MEMPERSIAPKAN DIRI DALAM DUNIA KERJA PROFESIONAL

USM KELANTAN , 6 Januari 2024 : Perkhidmatan bimbingan, pembangunan kerjaya dan penempatan pekerjaan dalam aspek penghasilan resume dan temuduga dalam kalangan siswa/i IPTA adalah ilmu yang perlu dikuasai di luar bilik darjah oleh setiap graduan. Oleh itu, Hal Ehwal Pelajar Kejururawatan buat julung - julung kali telah menganjurkan program 'Career Workshop: My Future Job' kerjasama Bhepa dan Perkeso yang bertempat di Dewan Kuliah C, Dewan Serbaguna Bangunan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK)

perkeso 2

Prof.Saiful Bahari Ismail yang menjalankan fungsi Pengarah Kampus diwakili Oleh Dr. Azlina Binti Yusuf, Pengerusi Program Kejururawatan dalam ucapan perasmiannya berkata dengan adanya bengkel sebegini, ianya memberi makluman tentang persediaan pelajar, khususnya pelajar tahun akhir menyediakan resume yang berimpak tinggi dan temuduga yang efektif. Ini diharapkan dapat memupuk elemen “BALANCE” antara pelajar USM Kubang Kerian dalam menggalakkan para peserta untuk bekerjasama secara profesional dalam menjayakan program ini.

perkeso3

Mengulas lanjut, Dr Azlina berharap program ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan menggalakkan mereka berkongsi idea dan melontarkan soalan semasa program berlangsung disamping meningkatkan keyakinan dan motivasi diri pelajar kejururawatan dalam pengajian dan persediaan alam kerjaya mereka dengan perkongsian oleh PERKESO.

perkeso4

Bengkel ini pagi semalam dimulai dengan sesi pertama oleh Unit Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Bhepa), En Mohd Norzulhairie Othman dengan penyampaian tips dan Bimbingan kerjaya serta mengenai Kepentingan Transkrip MYCSD terhadap Seorang Siswa/i yang bergelar graduan. Kemudian diikuti oleh perkongsian mengenai dari Perkeso yang diwakili oleh Puan Rabiatul bersama En Shahril Muhammad Rizal dalam mempersiapkan diri siswa/i dalam dunia kerja profesional meliputi diri,dokumen dan temuduga.

perkeso 5

Lebih 150 peserta menghadiri program tersebut yang dilaksanakan melalui kaedah bersemuka. Turut hadir ialah Pn Hjh Nora Binti Yaacob, Pengarah Perkeso Negeri Kelantan, Majlis Tertinggi HEPK, En Mohd Norzulhairie Othman mewakili Tn Haji Hafiz Assad Zakaria,Timbalan Pendaftar BHEPA Kampus Kesihatan,pensyarah-pensyarah kejururawatan.