EKSPLORASI SEKRETARIAT PASCASISWAZAH PPSK KE TRANS BAHA AYAM STONG (BAS)
DABONG, KELANTAN 30 Mei hingga 1 Jun 2024, Sekretariat Pasca Siswazah PPSK telah menganjurkan program PG-Fit: Eksplorasi Trans BAS dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEPA). Program ini telah disertai seramai 13 orang peserta termasuk dua orang pegawai pengiring, iaitu Penolong Pendaftar Kanan BHEPA En. Khairul Ithma Mahdi dan Pegawai Jurupulih Perubatan En. Raja Baharishah Raja Mohamad.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta disamping meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental para peserta melalui aktiviti luar yang mencabar sambil menikmati pelbagai keindahan alam flora dan fauna.
Kemuncak program 3 hari 2 malam ini adalah para peserta telah berjaya menawan puncak Gunung Baha (1450 meter), Gunung Ayam (1,580 meter) dan puncak Gunung Stong (1,422 meter) dalam masa kurang dari 16 jam. Semua peserta telah berjaya mengharungi Ekspedisi Trans BAS dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Sekretariat Pasca Siswazah PPSK dan BHEPA berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan dan menjadi platform untuk membentuk graduan yang seimbang dari segi pencapaian akademik dan ketahanan mental dan fizikal yang utuh.
Teks dan Foto: Siti Nor Assyuhada Mat Ghani
Pengarah Projek PG Fit: Eksplorasi Trans BAS