Skip to main content

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni  |  Kampus Kesihatan

MAJLIS MAKAN MALAM SEMAI KEHARMONIAN ANTARA PELAJAR BAHARU

USM Kubang Kerian, 4 Oktober 2025 – Minggu Siswa Lestari pelajar baharu Sidang Akademik 2025/2026 melabuhkan tirai dengan Majlis Makan Malam peringkat Kampus Kesihatan yang berlangsung di Dewan Utama dengan kehadiran tetamu seramai 600 orang semalam.

Penganjuran majlis yang bertemakan “Back to School” adalah untuk menyemai semangat keharmonian antara pelajar baharu terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza di samping mewujudkan kesepaduan dalam kalangan pelajar.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Kampus, Profesor Dato’ Dr Shaiful Bahari Ismail; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Penolong Pendaftar Kanan Yang Menjalankan Tugas Ketua Jabatan BHEPA Kampus Kesihatan, Encik Khairul Ithma Mahdi, barisan pegawai universiti dan pegawai utama BHEPA Kampus Kesihatan.

Tetamu yang hadir diserikan dengan pelbagai persembahan hasil sinergi bersama antara kontinjen-kontinjen pelajar baharu demi mengangkat nilai kreativiti dan mempamerkan bakat masing-masing.

Majlis penutup sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekitaan dalam kalangan pelajar malah turut mencerminkan USM sebagai ‘wadah’ dalam mewujudkan suasana kampus yang kondusif dan sentosa kepada para pelajar.

“WE LEAD”

“KAMI MEMIMPIN”

Teks/foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA

KLIK UNTUK LIHAT MEDIA